BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 23, 2011

IKHLASKAH JANJI KITA?


            Dalam setiap solat kita melafazkan janji setia kepada Allah dan ia mestilah merupakan lafaz yang ikhlas. Kita menyatakan bahawa ibadah, hidup dan mati hanya ‘kerana ALLAH’. Namun, sejauh manakah kita menepati janji itu? Adakah kita mengucapkannya dengan nada yang ikhlas, atau sekadar lafaz semata-mata. Setiap janji yang dilafazkan mestilah diasaskan dengan keikhlasan agar janji tersebut mempunyai nilai dan kualiti di sisi ALLAH swt. Janji juga merupakan perkara biasa dalam kehidupan seseorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c.

           Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji menjadi satu tanggungjawab bagi seorang muslim. Adalah menjadi kesalahan dan berdosa besar bagi sesiapa yang memungkirinya. ALLAH swt telah meletakkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Tetapi, mengapa umat Islam kerap melanggar janji? Berkemungkinan besar adalah kerana lemahnya kualiti ikhlas dalam diri kita sehingga membiarkan syaitan menguasai akal dan hati.

            ALLAH swt dan Rasul-NYA telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang selamat bagi mereka yang benar-benar beriman kepada ALLAH swt dan beramal dengan ikhlas. Sebahagian daripada ulama’ berkata “Amal perbuatan yang dikira termasuk dalam ibadah yang ikhlas dan sebagai syarat untuk mencapai kemenangan ada empat perkara :-

1) Menepati janji
2) Memelihara ketentuan yang telah ditetapkan
3) Sabar apabila ditinggalkan oleh mereka yang dicintai
4) Redha terhadap masalah yang ada pada dirinya”

            Khulasahnya, marilah sama-sama kita menuju ke arah itu. Semoga kita semua tergolong dalam empat golongan di atas. Buktikannya dengan teori dan praktikal iaitu dengan beriman dan beramal secara ikhlas. Hanya keikhlasan yang membuat amalan kita cemerlang dan digeruni oleh iblis laknatullah.

~ “Ya ALLAH, ampunkanlah hamba-MU yang sering mungkir ini…Dan kepada semua yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta atas janji yang telah kumungkiri…~



                                             Janjiku…
Semalam kuberjanji pada diriku ini dan juga kepada diri-Mu,
Daku telah berjanji tak akan mengulangi kesilapanku lakukan kembali,
Tapi hari ini Kau saksikan diriku telah lakukan dosa yang kujanji takkan kuulangi...

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri dan rasa amat malu untuk menghadap-Mu,
Kerna kusering mungkir janji pada diri sendiri,
Oh Tuhan, kuharap ampunan dari-Mu…
Oh Ya Allah, telah kurasa seluruh ni’mat-Mu,
 Umpama istidraj yang menggunung tinggi…
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu untuk iltizam pada taubatku, Oh Tuhan..

Oh Tuhan, kuharapkan Kau ampunkan dosaku,
Hulurkanlah padaku maghfirah-Mu,
Kusedar diri ini hanya hamba yang lemah,
Oh Tuhan, Kau terimalah taubatku…



1 comments:

Syifa' Al-Harits said...

Salam...bila nak update ni....?hehe