BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 18, 2011

..LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN..



Ø  Bersyukur apabila mendapat ni’mat.
Ø  Sabar apabila mendapat kesulitan.
Ø  Tawakkal apabila mermpunyai rencana/program.
Ø  Ikhlas dengan segala amal perbuatan.
Ø  Jangan biarkan hati larut dalam kesedihan.
Ø  Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
Ø  Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
Ø  Jangan resah dengan kekayaan orang.
Ø  Jangan hasad/iri hati dengan kejayaan orang.
Ø  Jangan sombong dalam memperoleh kejayaan.
Ø  Jangan tamak kepada harta.
Ø  Jangan terlalu mengharap akan sesuatu kedudukan.
Ø  Jangan hancur kerana kezaliman.
Ø  Jangan goyah kerana fitnah.
Ø  Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
Ø  Jangan campur harta dengan harta yang haram.
Ø  Jangan sakiti ayah ibu.
Ø  Jangan usir orang yang meminta-minta.
Ø  Jangan sakiti anak yatim.
Ø  Jauhkan diri dari dosa-dosa besar.
Ø  Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
Ø  Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
Ø  Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’.
Ø  Lakukan solat fardhu di awal waktu dan berjemaah di masjid.
Ø  Biasakan solat malam.

Tuesday, August 9, 2011

:: Monolog Untuk Sahabat ::


                     
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته                                                           
   أحمده وأستعينه وأستغفره وأتوب إليه ..                                                         
                 
                    
Buat insan yang bergelar sahabat…

Sebelum meneruskan kalam ini..inginku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan darimu andainya ada kata yang terguris di hatimu. Namun, bukanlah niatku untuk membuatkanmu berduka dengan kehadiran warkah ini. Tujuanku menulis adalah tidak lain hanyalah ingin berkongsi rasa hatiku yang kesekian kali teruji dengan doa yang sering kupanjatkan pada Yang Maha Esa serta kata-kata yang sering kulontarkan kepada diri dan sahabat-sahabatku. Izinkanlah daku berbicara dengan nadaku sendiri..Mudah-mudahan menjadi ingatan kita bersama..



 Bicara soal ukhuwah ini semememangnya tidak berpenghujung. Satu persatu dugaan berukhuwah datang bertamu dalam diri setiap daripada kita yang hanya berstatus hamba kepada-Nya..Sungguhpun kita cuba sedaya upaya untuk menghindarinya, namun ia bertandang jua. Mungkin inilah yang dinamakan warna-warni kehidupan dan rencah dalam dunia persahabatan tanpa kita ketahui hikmah sebenar di sebaliknya..Maka, berbaik sangkalah kita dengan Pencipta segala yang tercipta atas muka bumi ini. 



Sesungguhnya tatkala bersendirian dan berjauhan darimu sahabat yang telah banyak mengajarku erti sebuah perjuangan, takungan air mataku ini tidak dapat dibendung  saat kuteringat kisah pahit manis, suka duka kita lalui bersama yang bakal menjadi kenangan terindah dalam hidupku..Namun,ada ketika air mata ini hadir di kala kumerasa ada sesuatu yang tidak adil berlaku ke atasku...Akan tetapi, kusedaya upaya menangkis rasa yang ‘tidak enak’ itu dan menganggap apa yang berlaku antara kita adalah suratan takdir..Kusedar ia bukanlah kehendakmu apatah lagi diriku..Ianya adalah kehendak dan ketentuan-Nya yang Maha Esa. Namun dek kerana diriku hanyalah hamba Tuhan  yang lemah lagi kerdil, ada ketikanya hatiku mudah tersentuh tatkala dirimu berbicara tentang sesuatu yang membuatkan diriku terasa asing atau dalam kata lain diketepikan atas batas-batas tertentu..Walaupun bukan atas pengetahuan dan kerelaanmu..

Sememangnya keadaan sudah  begitu..Ku tidak mampu berbuat apa melainkan cuba memahami situasimu walau terkadang payah tuk kuterima secara positif..Sampai bila mampuku bertahan, kujuga tidak pasti..Namun, kurela menepis semuanya demi menjaga ikatan persahabatan kita yang suci ini..Ya, sebetulnya itulah tuntutan agama kita yang mulia..Kuharap dirimu begitu jua dan maafkanku teman atas segala kelemahanku ini kerna ku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan terluka, dilukai dan kadang-kadang mampu melukaimu.. Kanku sentiasa perbaiki diri ini dan hadapi ujian mendatang sewajarnya walau kuterpaksa menempuhnya sendiri..


“ Adakalanya bicara hati tidak dapat dizahir dengan kata-kata. Hanya perasaan memain rasa. Tapi kadangkala akal tetap waras bertahan agar hati tidak terlalu tunduk pada perasaan. Namun hakikatnya, perasaanlah yang menjadikan kita makhluk yang punya rasa kasih sesama hamba. ”-(dipetik daripada kata-kata seorang sahabat).
 

 Walau seberat mana pun ujian yang dibekalkan padaku, hanyalah secebis daripada ujian para anbiya’ dan kusedar tidak pernah sedetik pun dari masa yang berlalu, Dia meninggalkanku, kerana itulah tandanya Dia rindu dan cinta kepada hamba-Nya. Kuanggap ujian ini sebagai tarbiyah dari-Nya walaupun tarbiyah yang kuterima ini tidak sama dan tidak sehebat dirimu..Kuakui diri ini punya banyak kelemahan yang kuharapkan sahabat-sahabatku dapat melengkapinya kerana fungsi sahabat adalah saling melengkapi antara satu sama lain..

       Tatkala diri ini berperang dengan emosi sendiri, sememangnya sukar untuk akalku berfikiran waras.. Namun tetap kugagahi, sungguh situasi yang berlaku saat ini membuatkanku telah menemui jalan buntu serta pelbagai persoalan memanggil di benak fikiranku, adakah persahabatan kita kan sentiasa  indah seperti sebelumnya..Runsing hati ini hanya Allah yang mengetahui.. Namun kusedar itu semua adalah  urusan-Nya yang Maha Agung..Tetap ada sekelumit keyakinan teguh yang kupasak dalam diri ini bahawa ada pelbagai hikmah yang tidak dapat dilihat  dengan mata kasar melainkan kumelihatnya dengan mata hati..Hanya diriku yang dapat menilainya..


 Kadang-kadang kita rasa dekat dengan seseorang walaupun dia jauh, kadang-kadang  kita rasa jauh dengan seseorang walaupun pada hakikatnya dia ada dekat dengan kita. Jika kita bertemu dengan teman yang baru, adakah teman yang lama wajar dilupakan begitu sahaja?? Berkata memang mudah tetapi melaksana?? Tidak ramai yang berjaya.. Semoga hati kita sentiasa bertaut selamanya walau mungkin kita kan terpisah dek kerana masa dan takdir-Nya. Ketahuilah sahabat, bilamana dirimu menjauh dariku, terasa sesuatu dalam jiwa ini..Hanya kekosongan jua kehilangan kurasai menghuni hati ini..

 
           Akhir kalam, dengarilah ayat-ayat hatiku..kutujukan khas buat mereka yang kuanggap sahabat jua yang sudi menganggap diriku sebagai sahabat..Harapanku tiada lain hanyalah kejujuran dan kesetiaan dalam persahabatan..Semoga Allah redha dengan ikatan ukhuwah yang kita bina ini..Biarpun tiada siapa yang membaca warkah usang ini, biarpun kuhanya bermonolog sendirian,  tidak mengapa, memadailah kudapat meluahkan sebahagian daripada isi hatiku yang terbuku selama ini..


SAHABATKU….
SEWAKTU DAHULU TERNYATA KEJAHILANKU,
AKU TIDAK PERNAH MENGERTI ERTI KEHIDUPAN INI,
AKU TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT ILAHI,
KEHIDUPANKU BAGAI BAHTERA YANG KEHILANGAN NAKHODANYA.

SAHABATKU….
DIWAKTU DAHULU MASIH KUKENANGI,
APAKAH ERTI KEHIDUPANKU DAHULU,
APAKAH HALA TUJU KEHIDUPANKU DAHULU,
NAMUN HIDAYAH ILAHI TETAP MENGHAMPIRIKU.

SAHABATKU….
KEHADIRAN DIKAU PENGUBAT SENGSARA,
MEMIMPINKU MENJAUHI KEGELAPAN SENGSARA,
MEMBAWAKU MENUJU CAHAYA KEREDHAAN,
MEMBERIKU SINAR PELUANG KEINSAFAN.

SAHABATKU….
KINI KEHIDUPANKU TERASA KEKOSONGAN,
KEKOSONGAN YANG MEMILUKAN SANUBARI INSAN INI,
KURASAKAN DIRIKU DITINGGALKANMU,
MENINGGALKANKU KESEORANGAN DI JALAN JUANG INI.

SAHABATKU….
AKU TETAP BERADA DI SINI,
MENITI PENGHIDUPAN YANG MASIH BERBAKI,
MENGGALI PAHALA UNTUK MENGHADAP ILAHI,
MENUJU KE SYURGA YANG KEKAL ABADI.

SAHABATKU….
DIKAU TETAP KUINGATI,
SENTIASA KUKENANGI DALAM KUDUS DOAKU,
SEMOGA KEHIDUPANMU BAHAGIA DI SANA,
SEMOGA KITA DAPAT BERSUA KEMBALI,
DI SYURGA-NYA YANG HAKIKI.



  ..Nukilanku yang sudah lapuk..

Monday, June 6, 2011

Meniti Usia 20..

Tanggal 6 Jun 1991 (23 Zulkaedah 1411)

Hari ini hari lahirku..
Hari ini bertambah lagi usiaku..
Hari ini jua akan bertambah tanggungjawabku..
Hari ini akan menjadikan diriku lebih matang dek ujian yang mendatang..
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan diriku mengharungi onak duri..
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakku denganNya..
Semakin berkurang tempoh beramal,
Semakin kubur mempersiap tempat untukku,
Semakin bersedia Malaikat maut datang menjemputku,
Semakin dekat masa amalanku diperhitung,
Dan…
Semakin hampir haruman Firdausi (In Sya Allah biiznillah).



..DOAKU PADAMU..

Ya Allah, Islam itu terlalu indah, kekalkanku bersamanya. Nikmat ketenangan hati itu terlalu damai. Jangan sekali-kali Kau bawanya pergi dari jiwa ini. Ya Allah, kuatkanku untuk terus mengucap rasa syukurku  pada-Mu atas segala nikmat yang Kau berikan. Sesungguhnya segala yang ada kini hanya dari-Mu.  Ya Allah, kuatkanku untuk terus  menjaga solatku, biar ia jadi seteguh tiang dalam agamaku.. Pencegah dari segala yang keji dan mungkar.. Ya Allah, kuatkanku untuk terus memelihara aqidahku, bermula dari saat ini hingga saatku bertemu-Mu nanti.



Ya Allah, kuatkanku untuk terus pelihara akhlakku.. Hiasilah akhlakku dengan akhlak kekasih-Mu, Muhammad S.A.W. Aku amat berharap moga segala amal ibadatku Kau terima agar menjadi bekalanku di SANA nanti, sahamku untuk menatap wajah-Mu nanti.. Berilah kekuatan dan masukkanlah dalam hatiku semangat jihad yang tinggi agar setiap sisa hidupku yang berlalu dapat kugunakan untuk berbakti pada agama-Mu. Kurniakanlah aku kecerdasan akal dan kebijaksanaan  menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-Mu.. Masukkanlah dalam hatiku CINTA, RINDU, dan TAKUT hanya PADAMU melebihi segala kenikmatan di dunia yang sementara ini..
~Aameen, Ya Rabbal A’lameen~





Khusus buat diriku :

 
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..

Sedekah dan murahkanlah  senyuman walaupun di hatimu tidak mampu lagi bertahan..

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..

Berhentilah memberi alasan walau ingin mengatakan kebenaran..

Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan..dan

Berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tidak kelihatan..

Bukti kasih-Nya kita wujud di dunia pinjaman ini..

Ingatlah sebab bila berlakunya sesuatu perkara, dan

Yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengetakui keimanan kepada-Nya..

Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup ini tidak semudah itu..

Kehidupan umpama cerminan dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani..

Wednesday, June 1, 2011

Jemput Hadir Beramai-ramai!

 
:: PERDANA UIAM::
 
Assalamua'laikum w.b.t

Salam Ukhuwwah buat sahabat2 semua terutamanya buat anak-anak Kelantan sekalian.
Jom kita pakat2 gi beramai-ramai ke Mass Gathering PERDANA atau "MALEY MESRO PERDANA" yang akan diadakan pada :-

                                                     ✿ 2 JUN 2011 (KHAMIS)
                                                     ✿ 8:45PM-10:30PM
                                                     ✿ EDU LR 6 & 7
   Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya :-

* Dikir Barat gempak!
* Tayangan video yang mendidik dan mencuit jiwa!

* Teka-Teki Best!

* Turut dihadiri undangan istimewa!

* Makanan special disediakan!

* Special gift menanti anda yang bertuah!

* Button Badge PERDANA yg comel ada dijual dengan harga RM 2 SAHAJA!


Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda, "Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."  
(HR Bukhari dan Muslim)

~jange lupo pakat mari ramai-ramai deh. kito jupo sano~

+ Sama-samalah kita tautkan ukhuwah sesama kita +

      ♥ PERDANA DI HATI SOKMO

Special Dedicated for Myself~

Be Positive!


The happiest people don't have the best of everything.
They just make the best of everything.


Allah doesn't require you to "be the best"..
He just wants you to "do your best"..
And He will take care of the rest..

Be sincere in whatever you do and u will be blessed~


YOU = ALLAH


What you think, is who you become,
Be the change that you want to see in your life!





~Ya ALLAH (Dear God), Thank you for the gift of my life today, I'm so grateful for the abundance that is coming to my life everyday..
Nobody knows how i really feel except YOU. 
YOU are always by myself when I feel so hopeless..
Oh ALLAH, please guide my step, don't let me go astray, YOU the ONLY ONE show me the way..
May YOU bless me in every single things I do.. coz I'm belong to YOU~