BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 9, 2011

:: Monolog Untuk Sahabat ::


                     
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته                                                           
   أحمده وأستعينه وأستغفره وأتوب إليه ..                                                         
                 
                    
Buat insan yang bergelar sahabat…

Sebelum meneruskan kalam ini..inginku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan darimu andainya ada kata yang terguris di hatimu. Namun, bukanlah niatku untuk membuatkanmu berduka dengan kehadiran warkah ini. Tujuanku menulis adalah tidak lain hanyalah ingin berkongsi rasa hatiku yang kesekian kali teruji dengan doa yang sering kupanjatkan pada Yang Maha Esa serta kata-kata yang sering kulontarkan kepada diri dan sahabat-sahabatku. Izinkanlah daku berbicara dengan nadaku sendiri..Mudah-mudahan menjadi ingatan kita bersama..



 Bicara soal ukhuwah ini semememangnya tidak berpenghujung. Satu persatu dugaan berukhuwah datang bertamu dalam diri setiap daripada kita yang hanya berstatus hamba kepada-Nya..Sungguhpun kita cuba sedaya upaya untuk menghindarinya, namun ia bertandang jua. Mungkin inilah yang dinamakan warna-warni kehidupan dan rencah dalam dunia persahabatan tanpa kita ketahui hikmah sebenar di sebaliknya..Maka, berbaik sangkalah kita dengan Pencipta segala yang tercipta atas muka bumi ini. 



Sesungguhnya tatkala bersendirian dan berjauhan darimu sahabat yang telah banyak mengajarku erti sebuah perjuangan, takungan air mataku ini tidak dapat dibendung  saat kuteringat kisah pahit manis, suka duka kita lalui bersama yang bakal menjadi kenangan terindah dalam hidupku..Namun,ada ketika air mata ini hadir di kala kumerasa ada sesuatu yang tidak adil berlaku ke atasku...Akan tetapi, kusedaya upaya menangkis rasa yang ‘tidak enak’ itu dan menganggap apa yang berlaku antara kita adalah suratan takdir..Kusedar ia bukanlah kehendakmu apatah lagi diriku..Ianya adalah kehendak dan ketentuan-Nya yang Maha Esa. Namun dek kerana diriku hanyalah hamba Tuhan  yang lemah lagi kerdil, ada ketikanya hatiku mudah tersentuh tatkala dirimu berbicara tentang sesuatu yang membuatkan diriku terasa asing atau dalam kata lain diketepikan atas batas-batas tertentu..Walaupun bukan atas pengetahuan dan kerelaanmu..

Sememangnya keadaan sudah  begitu..Ku tidak mampu berbuat apa melainkan cuba memahami situasimu walau terkadang payah tuk kuterima secara positif..Sampai bila mampuku bertahan, kujuga tidak pasti..Namun, kurela menepis semuanya demi menjaga ikatan persahabatan kita yang suci ini..Ya, sebetulnya itulah tuntutan agama kita yang mulia..Kuharap dirimu begitu jua dan maafkanku teman atas segala kelemahanku ini kerna ku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan terluka, dilukai dan kadang-kadang mampu melukaimu.. Kanku sentiasa perbaiki diri ini dan hadapi ujian mendatang sewajarnya walau kuterpaksa menempuhnya sendiri..


“ Adakalanya bicara hati tidak dapat dizahir dengan kata-kata. Hanya perasaan memain rasa. Tapi kadangkala akal tetap waras bertahan agar hati tidak terlalu tunduk pada perasaan. Namun hakikatnya, perasaanlah yang menjadikan kita makhluk yang punya rasa kasih sesama hamba. ”-(dipetik daripada kata-kata seorang sahabat).
 

 Walau seberat mana pun ujian yang dibekalkan padaku, hanyalah secebis daripada ujian para anbiya’ dan kusedar tidak pernah sedetik pun dari masa yang berlalu, Dia meninggalkanku, kerana itulah tandanya Dia rindu dan cinta kepada hamba-Nya. Kuanggap ujian ini sebagai tarbiyah dari-Nya walaupun tarbiyah yang kuterima ini tidak sama dan tidak sehebat dirimu..Kuakui diri ini punya banyak kelemahan yang kuharapkan sahabat-sahabatku dapat melengkapinya kerana fungsi sahabat adalah saling melengkapi antara satu sama lain..

       Tatkala diri ini berperang dengan emosi sendiri, sememangnya sukar untuk akalku berfikiran waras.. Namun tetap kugagahi, sungguh situasi yang berlaku saat ini membuatkanku telah menemui jalan buntu serta pelbagai persoalan memanggil di benak fikiranku, adakah persahabatan kita kan sentiasa  indah seperti sebelumnya..Runsing hati ini hanya Allah yang mengetahui.. Namun kusedar itu semua adalah  urusan-Nya yang Maha Agung..Tetap ada sekelumit keyakinan teguh yang kupasak dalam diri ini bahawa ada pelbagai hikmah yang tidak dapat dilihat  dengan mata kasar melainkan kumelihatnya dengan mata hati..Hanya diriku yang dapat menilainya..


 Kadang-kadang kita rasa dekat dengan seseorang walaupun dia jauh, kadang-kadang  kita rasa jauh dengan seseorang walaupun pada hakikatnya dia ada dekat dengan kita. Jika kita bertemu dengan teman yang baru, adakah teman yang lama wajar dilupakan begitu sahaja?? Berkata memang mudah tetapi melaksana?? Tidak ramai yang berjaya.. Semoga hati kita sentiasa bertaut selamanya walau mungkin kita kan terpisah dek kerana masa dan takdir-Nya. Ketahuilah sahabat, bilamana dirimu menjauh dariku, terasa sesuatu dalam jiwa ini..Hanya kekosongan jua kehilangan kurasai menghuni hati ini..

 
           Akhir kalam, dengarilah ayat-ayat hatiku..kutujukan khas buat mereka yang kuanggap sahabat jua yang sudi menganggap diriku sebagai sahabat..Harapanku tiada lain hanyalah kejujuran dan kesetiaan dalam persahabatan..Semoga Allah redha dengan ikatan ukhuwah yang kita bina ini..Biarpun tiada siapa yang membaca warkah usang ini, biarpun kuhanya bermonolog sendirian,  tidak mengapa, memadailah kudapat meluahkan sebahagian daripada isi hatiku yang terbuku selama ini..


SAHABATKU….
SEWAKTU DAHULU TERNYATA KEJAHILANKU,
AKU TIDAK PERNAH MENGERTI ERTI KEHIDUPAN INI,
AKU TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT ILAHI,
KEHIDUPANKU BAGAI BAHTERA YANG KEHILANGAN NAKHODANYA.

SAHABATKU….
DIWAKTU DAHULU MASIH KUKENANGI,
APAKAH ERTI KEHIDUPANKU DAHULU,
APAKAH HALA TUJU KEHIDUPANKU DAHULU,
NAMUN HIDAYAH ILAHI TETAP MENGHAMPIRIKU.

SAHABATKU….
KEHADIRAN DIKAU PENGUBAT SENGSARA,
MEMIMPINKU MENJAUHI KEGELAPAN SENGSARA,
MEMBAWAKU MENUJU CAHAYA KEREDHAAN,
MEMBERIKU SINAR PELUANG KEINSAFAN.

SAHABATKU….
KINI KEHIDUPANKU TERASA KEKOSONGAN,
KEKOSONGAN YANG MEMILUKAN SANUBARI INSAN INI,
KURASAKAN DIRIKU DITINGGALKANMU,
MENINGGALKANKU KESEORANGAN DI JALAN JUANG INI.

SAHABATKU….
AKU TETAP BERADA DI SINI,
MENITI PENGHIDUPAN YANG MASIH BERBAKI,
MENGGALI PAHALA UNTUK MENGHADAP ILAHI,
MENUJU KE SYURGA YANG KEKAL ABADI.

SAHABATKU….
DIKAU TETAP KUINGATI,
SENTIASA KUKENANGI DALAM KUDUS DOAKU,
SEMOGA KEHIDUPANMU BAHAGIA DI SANA,
SEMOGA KITA DAPAT BERSUA KEMBALI,
DI SYURGA-NYA YANG HAKIKI.



  ..Nukilanku yang sudah lapuk..

0 comments: