BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 22, 2011

Redha kepada Allah

    
     Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga fikiran positif, apa lagi bersyukur kepada Allah, di tengah-tengah ujian dan musibah yang bersilih ganti. Hanya orang yang telah redha kepada Allah sahaja yang dapat melakukan itu. Imam Abdul Karim bin Hawazin al-Qusyairi berkata, "Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya."


     Sifat redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat-sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih, (ar-Rahman), Maha Penyayang (ar-Rahim), Maha Bijaksana (al-Hakim), dan Maha Mengetahui (al-A'lim). Ia meyakini bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.


     Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk  bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)



Semoga ALLAH meredhai kita semua~

Saturday, April 23, 2011

IKHLASKAH JANJI KITA?


            Dalam setiap solat kita melafazkan janji setia kepada Allah dan ia mestilah merupakan lafaz yang ikhlas. Kita menyatakan bahawa ibadah, hidup dan mati hanya ‘kerana ALLAH’. Namun, sejauh manakah kita menepati janji itu? Adakah kita mengucapkannya dengan nada yang ikhlas, atau sekadar lafaz semata-mata. Setiap janji yang dilafazkan mestilah diasaskan dengan keikhlasan agar janji tersebut mempunyai nilai dan kualiti di sisi ALLAH swt. Janji juga merupakan perkara biasa dalam kehidupan seseorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c.

           Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji menjadi satu tanggungjawab bagi seorang muslim. Adalah menjadi kesalahan dan berdosa besar bagi sesiapa yang memungkirinya. ALLAH swt telah meletakkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Tetapi, mengapa umat Islam kerap melanggar janji? Berkemungkinan besar adalah kerana lemahnya kualiti ikhlas dalam diri kita sehingga membiarkan syaitan menguasai akal dan hati.

            ALLAH swt dan Rasul-NYA telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang selamat bagi mereka yang benar-benar beriman kepada ALLAH swt dan beramal dengan ikhlas. Sebahagian daripada ulama’ berkata “Amal perbuatan yang dikira termasuk dalam ibadah yang ikhlas dan sebagai syarat untuk mencapai kemenangan ada empat perkara :-

1) Menepati janji
2) Memelihara ketentuan yang telah ditetapkan
3) Sabar apabila ditinggalkan oleh mereka yang dicintai
4) Redha terhadap masalah yang ada pada dirinya”

            Khulasahnya, marilah sama-sama kita menuju ke arah itu. Semoga kita semua tergolong dalam empat golongan di atas. Buktikannya dengan teori dan praktikal iaitu dengan beriman dan beramal secara ikhlas. Hanya keikhlasan yang membuat amalan kita cemerlang dan digeruni oleh iblis laknatullah.

~ “Ya ALLAH, ampunkanlah hamba-MU yang sering mungkir ini…Dan kepada semua yang mengenali diri ini, ampun maaf dipinta atas janji yang telah kumungkiri…~



                                             Janjiku…
Semalam kuberjanji pada diriku ini dan juga kepada diri-Mu,
Daku telah berjanji tak akan mengulangi kesilapanku lakukan kembali,
Tapi hari ini Kau saksikan diriku telah lakukan dosa yang kujanji takkan kuulangi...

Rasa seperti telah hilang percaya pada diri dan rasa amat malu untuk menghadap-Mu,
Kerna kusering mungkir janji pada diri sendiri,
Oh Tuhan, kuharap ampunan dari-Mu…
Oh Ya Allah, telah kurasa seluruh ni’mat-Mu,
 Umpama istidraj yang menggunung tinggi…
Kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu untuk iltizam pada taubatku, Oh Tuhan..

Oh Tuhan, kuharapkan Kau ampunkan dosaku,
Hulurkanlah padaku maghfirah-Mu,
Kusedar diri ini hanya hamba yang lemah,
Oh Tuhan, Kau terimalah taubatku…



Friday, April 22, 2011

~bukan sekadar renungan~


BACALAH………
DI DALAM HIDUP MANUSIA, YANG PENTING IALAH BERKAT,
BILA HIDUP KITA BERKAT, DIRI INI AKAN SELAMAT,
APABILA DIRI SELAMAT, RUMAHTANGGA JADI SEPAKAT,
APABILA RUMAH TANGGA JADI SEPAKAT, MASYARAKAT JADI MUAFAKAT,
APABILA MASYARAKAT JADI MUAFAKAT,NEGARA KITA MENJADI KUAT,
APABILA NEGARA MENJADI KUAT, NEGARA LUAR JADI HORMAT,
APABILA NEGARA LUAR JADI HORMAT, PERMUSUHAN PUN TERSEKAT,
APABILA PERMUSUHAN PUN TERSEKAT, PEMBANGUNAN PUN MENINGKAT,
APABILA PEMBANGUNAN MENINGKAT, KEMAJUAN MENJADI PESAT,
TETAPI AWAS APABILA PEMBANGUNAN MENINGKAT, KEMAJUAN MENJADI PESAT,
KITA LIHAT BANGUNAN NAIK BERTINGKAT-TINGKAT,
DITENGAH-TENGAH ITU, TEMPAT MAKSIAT TUMBUH MACAM KULAT,
APABILA TEMPAT-TEMPAT MAKSIAT TUMBUH MACAM KULAT,
KETIKA ITU MANUSIA MULA MENGUBAH TABIAT.
APABILA MANUSIA TELAH MENGUBAH TABIAT, ADA YANG JADI ALAT DAN ADA YANG JADI ULAT.
APABILA MANUSIA DAH JADI ULAT, SEMBAHYANG MAKIN HARI MAKIN LIAT,
APABILA SEMBAHYANG JADI LIAT, ORANG BAIK ADA YANG BERTUKAR JADI JAHAT,
APABILA ORANG BAIK JADI JAHAT, ORANG MISKIN PULA  NAK KAYA CEPAT,
APABILA ORANG MISKIN NAK KAYA CEPAT, ORANG TUA PULA NAK MATI LAMBAT,
APABILA ORANG TUA NAK MATI LAMBAT, TAK DAPAT MINUM MADU TELAN JE GAMAT,
TUNJUK KUAT,
BILA BERJUDI PERCAYA UNSUR KHURAFAT, TAPI HIDUP PULA MELARAT.
TALI KASUT DAH TAK TERIKAT, RAMBUT PUN JARANG SIKAT.
YANG PEREMPUAN PAKAI MINI SEKERAT, SUKA PAKAI BAJU SENDAT.
SUKA SANGAT MENUNJUK PUSAT, HINGGA TAK PEDULI LAGI BATASAN AURAT.
PAKAI PULA YANG SINGKAT-SINGKAT. KADANG-KADANG TERNAMPAK BENDA YANG BULAT.

BILA JADI MACAM NI, SIAPA LIHAT PASTI TERCEGAT,
SILAP GAYA JADI GAWAT, BOHSIA BOHJAN LAGI HEBAT,
DUDUK JAUH BERKIRIM SURAT,
BILA JUMPA, TANGAN BERJABAT,
KEMUDIAN PAKAT LAWAN SIAPA PELUK ERAT,
MASA TU, NAFAS NAIK SAMPAI TERSEKAT-SEKAT,
USAH PEDULI AGAMA DAN ADAT,
USAH TAKUT ALLAH DAN MALAIKAT,
YANG PENTING APA KITA NAK BUAT ?
KITA BUKTILAH KITA ‘BUAT’,
AKHIRNYA PERUT KEMPIS DAH JADI BULAT,
APABILA PERUT KEMPIS DAH JADI BULAT, MAKA LAHIRLAH,
PULA ANAK-ANAK YANG TAK CUKUP SIFAT,
BILA ANAK-ANAK TAK CUKUP SIFAT, JAM TU KITA TENGOK,
BAYI DIBUANG MERATA TEMPAT,
MAKNANYA KETIKA ITU IBLIS MULA MELOMPAT,
DIA KATA APA ? HABIS MANUSIA YANG MASUK JERAT,
HABIS MANUSIA TELAH TERSESAT,
INILAH DIA FENOMENA MASYARAKAT,
OLEH ITU WAHAI SAUDARAKU DAN PARA SAHABATKU,
MARILAH KITA PAKAT MENGINGAT,

BAHAWA DUNIA HARI INI SEMAKIN SINGKAT,
ESOK ATAU LUSA MUNGKIN KIAMAT,
SAMPAI MASA KITA SEMUA AKAN BERANGKAT,
BERANGKAT MENUJU KE NEGERI AKHIRAT,

DI SANA KITA AKAN DITANYA APA YANG KITA BUAT,
MASA ITU, SENDIRI MAU INGAT,

UMURMU BANYAK MANA MU BUAT IBADAT ?
ZAMAN MUDAMU APA TELAH MU BUAT ?
HARTA BENDAMU  BANYAK, DARI MANA KAMU  DAPAT ?
ILMU KAMU ADAKAH KAMU  MANFAAT ?



Sunday, February 27, 2011

Hakikat Bahagia~

Punya hati duka, punya cerita luka, itulah namanya arca manusia.. Punya hati suka, namun sakit saat terluka, itulah namanya jiwa manusia.. Mengukir saat bahagia, meratap waktu sengsara. Itulah takdir cinta Yang Esa. Takdir itu mana mungkin menzalimi. Tapi itu tarbiyah dari Ilahi.. Suka duka, sengsara bahagia, nikmat Tuhan buat sang hamba. Cuma manusia harus cerdik menilainya.. Buat diri, acara kamu masih melangit puncaknya, walau terkadang salah bicara. Namun Dia tetap cinta. Walau terkadang sasar gayanya, Dia tetap menunggumu berbicara. Bicara cinta antara kamu dan Dia, bicara cinta yang pasti tiada taranya. Berbahagialah wahai diri dan ingatlah datang dan pergi hanyalah di sisi TUHAN YANG ESA.

Wednesday, February 16, 2011

Perjalanan kita masih jauh~

Dalam perjalanan  panjang ini, moga Allah kuatkan kita menempuh tiap yang mendatang. Moga tidak cepat mengeluh dengan tiap yang berlaku. Hakikat manusia, bahagia pabila senang, tidak suka akan kesusahan, bangga dengan tiap kejayaan dan malu dengan tiap kelemahan.. Namun, kita sering lupa akan setiap episod hanyalah dengan izin NYA. Kita sering mengeluh tanpa mengaitkan kejadian dengan DIA. Sedangkan DIA lah sebaik perancang.. Moga kita dijauhkan dari lalai dan alpa dalam mengingati NYA. ALLAH menguji hamba NYA untuk melihat sejauh mana persediaannya fi sabilillah.. Beramallah semata-mata kerana NYA. Kerana ALLAH S.W.T lah matlamat perjuangan kita dan Nabi Muhammad S.A.W sebaik-baik tauladan bagi seluruh umat manusia. اللهم صلى على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sunday, February 13, 2011

Pengertian Hidup Yang Sukar Dimengerti

Melangkah itu mudah. Namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah. Namun memahami destinasi itu yang susah. Menyusuri susur itu mudah. Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah. Dalam semua ini.. Menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah. Namun Dia amat faham, bagi hamba-Nya, Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, hanya perlu untuk melakukan yang terbaik, meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepada-Nya. Lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya. Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. Moga perjalanan hidupku sentiasa dalam lindungan dan penjagaan Allah s.w.t.

 "اللهم لا سهلا إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا"
                                                                                                                                   

Friday, February 11, 2011

Tazkirah Li Nafsi

     Sesiapa pun tidak bisa menafikan bahawa tiada seorang pun di dunia ini yang selalu benar dan tidak pernah bersalah atau berdosa. Setiap manusia pasti pernah melanggar larangan Allah s.w.t, bahkan kadang dosa itu dilakukan dalam keadaan sedar atau disengajakan. Itulah sebenarnya sifat manusia yang diciptakan lemah daripada  Penciptanya..Begitulah juga dengan diri ini yang sentiasa melakukan kekhilafan sama ada pada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, sahabat dan yang paling kutakuti dosa padaMu Ya Allah..Ampunilah hamba-Mu yang hina ini..
Kuingin menjadi seorang muslim yang berhati bersih  dan sentiasa gerun dengan ancaman-Mu ya Allah juga gementar bila disebut nama-Mu..
Dalam surah Al-Anfal : ayat 2, Allah ada menyebut; yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal."
Ku menuju padaMu Ya Rabb..Pimpinlah daku..
Moga bertambahlah keyakinanku atas kebenaran ajaran Allah ke dalam hatiku..Ameen.